SEKOLAH MENENGAH AGAMA MARANG



Sekolah Menengah Agama Marang
JenisSekolah Menengah AgamaSekolah kerajaan
Kod sekolahTFT4001
Lokasi Malaysia Marang,Terengganu , Marang , MalaysiaMarang,Terengganu Darul ImanMalaysia
Telefon6096182226
Faks6096182500
Sekolah Menengah Agama Marang atau nama ringkasnya SMA Marang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Marang,Terengganu , Marang , Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Marang memiliki 396 pelajar lelaki dan 526 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 922 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.

Sejarah Sekolah



PENGENALAN
Pada 6 September 1965, telah diadakan satu perjumpaan di rumah UMNO Marang.Satu penubuhan Jawatankuasa Penaja Sekolah Arab Marang telah dilantik dan ianya terdiri daripada :
BIL
NAMA
JAWATAN
1
Yang Berhormat Encik Nordin Bin Hj Mohd
Yang Dipertua
2
Encik Othman Bin Yaakob
Naib Yang Dipertua
3
Encik Shafie Bin Abdul Ghani
Setiausaha
4
Tuan Haji Hassan Bin Abdul Ghani
Bendahari
5
Encik Abdul Rahman Bin Long
Ahli Jawatankuasa
6
Encik Abdul Majid Bin Ali
Ahli Jawatankuasa
7
Tuan Haji Mokhtar Bin Haji Said
Ahli Jawatankuasa
8
Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa
9
Yang Mulia Syed Omar Bin Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa
10
Encik Muda Bin Kastam
Ahli Jawatankuasa
11
Encik Sulong Bin Hassan
Ahli Jawatankuasa
16 November 1956
Mesyuarat Jawatankuasa ini mengambil keputusan memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk menubuhkan sebuah sekolah arab di Marang. Jawatankuasa ini berjaya mendapatkan bangunan di kawasan Balai Polis Marang untuk dijadikan bangunan sekolah ini.
1 Julai 1958
Tertubuhnya Sekolah Menengah Agama Marang dengan 40 orang pelajar dan seorang guru iaitu Ustaz Haji Wan Abdul Rahman Bin Long
12 Julai 1963
Bangunan baru (di tapak sekarang) mula digunakan.
12 Julai 1964
Sekolah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Allahyarham Datuk Ibrahim.
Tahun 1970
Guru Besar kedua telah dilantik pada 12 Januari 1970 iaitu Haji Mohd Noor Bin Haji Umat.
Tahun 1973
Guru Besar ketiga telah dilantik pada 20 Februari 1973 iaitu Haji Mohd Salleh Bin Hasan.
Tahun 1976
Sebuah asrama puteri dan bangunan makmal telah dibina dan mula digunakan pada tahun 1977.
Tahun 1978
Sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah dan makmal telah dibina. Siap pada akhir tahun 1982.
Tahun 1989
5 buah bangunan baru telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah iaitu asrama puteri, bangunan sekolah 3 tingkat (blok C), kantin asrama dan 2 buah rumah guru serta padang bola sepak.
Tahun 1990
Hanya satu sesi pembelajaran diwujudkan setelah bangunan baru siap pada akhir tahun 1989 yang mana sebelum ini dua sesi iaitu pagi (Tingkatan 3-5) dan sesi petang (Tingkatan 1&2).
Tahun 1992
Bengkel kemahiran hidup, bangunan sekolah 4 tingkat, Bilik Komputer, Bilik Sumber dan Bilik Pengawas mula digunakan sepenuhnya.
Tahun 1993
Bilangan guru di Sekolah Menengah Agama Marang adalah seramai 56 orang, terdiri daripada 20 orang guru lelaki dan 36 guru perempuan.Manakala pelajarnya pula ialah seramai 921 orang.





Komitmen kami untuk ;
1) Menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap, mencukupi dan bermutu selaras dengan perkhidmatan    dan Sekolah Penyayang
2) Memberi peluang yang sama adil kepada setiap anak didik tanpa mengira latar belakang  untuk mendapat pendidikan yang terbaik
3) Mencungkil potensi setiap pelajar ke tahap maksimum
4) Mempastikan proses P&P sentiasa berjalan lancar dan berkesan sepanjang masa
5) Mempertingkatkan sumbangan dan tanggungjawab  ke tahap gemilang dan terbilang sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara dan Etika Falsafah Perguruan
6) Mempastikan sekolah sentiasa peka dam responsif kepada kehendak pelanggan serta memberikan layanan mesra kepada semua yang datang berurusan dengan pihak sekolah
7) Bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan nama baik sekolah.



Visi dan Misi

 

Visi SMA Marang
SMA Marang Terbilang Akademik, Unggul Sahsiah Menjelang 2015
Misi SMA Marang
Mewujudkan iklim bermotivasi tinggi yang berpanjangan bagi:
Melahirkan pelajar yang beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan dan berwawasan serta mempertingkatkan potensi dan kecemerlangan mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
Mempertingkatkan pentadbiran dan pengurusan yang berintegriti, budaya yang sihat, iklim yang kondusif serta jaringan komuniti yang padu untuk kecemerlangan organisasi




No comments:

Post a Comment

T
A
M
S