Jenis | Sekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan |
---|---|
Kod sekolah | TFT3002 |
Lokasi | Malaysia Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu , MalaysiaKuala Terengganu, Terengganu Darul Iman,Malaysia |
Telefon | 6096221086 |
Faks | 6096317086 |
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin atau nama ringkasnya SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Jalan Sultan Mahmud , Kuala Terengganu ,Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin memiliki 299 pelajar lelaki dan 489 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 788 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.
SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN
PENGENALAN
Sekolah Menengah Agama
(Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) merupakan sebuah pusat pengajaran agama
yang tertua di negeri Terengganu. Meskipun penubuhannya sudah menjangkau
hampir 100 tahun, namun SMAASZA telah berjaya mengekalkan ketrampilannya dengan
sumbangan serta jasa bakti kepada masyarakat Islam Terengganu.
Pelbagai ranjaudan duri telah
dilalaui demi menabur bakti dan kesedaran kepada masyarakat.
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri,
antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang
Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Haji Wan
Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain
lagi.
ASAL USUL
SMAASZA telah melalui
beberapa peringkat proses perkembangan. Kelahirannya adalah hasil daripada
kesedaran para cendikiawan berpendidikan agama selepas Perang Dunia Kedua
berikutan perkembangan pesat sekolah Inggeris dan kemalapan sistem pengajian
pondok. Ketidak keseimbangan ini begitu ketara dan membimbangkan sehinggalah
pada tahun 1925, suatu inisiatif telah diambil dengan mewujudkan satu kelas
pelajaran agama dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kelas
ini pada mulanya ditumpangkan di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya
dipindahkan ke Sekolah Melayu Bukit Jambul, Kuala Terengganu. Kelas ini dikenali
dengan nama Madrasah Arabiyyah.
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di
Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan
bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933
oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan nama
'Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin'.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Burok, Kuala Terengganu
pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah
Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
Berikut adalah
ringkasan mengenai sejarah penubuhan SMAASZA.
1. TARIKH
DAN TAHUN PENUBUHAN
· 1925
- (Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudian di Sekolah
Melayu Bukit Jambul)
· 1932
– Bangunan baru didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
· 1933
– Perasmian
· 1943
– Bangunan tambahan dibina/pembesaran sekolah
· 1958
– Penubuhan SMAASZA Batu Burok (Pembahagian peringkat persekolahan)
2. PENGASAS
/ TOKOH PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah di atas
inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti
Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua
Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.
3. TAPAK /
LOKASI SEKOLAH
Tapak asal
adalah rumah bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Amar di Raja, Kampung
Batu Burok, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu.
4. BANGUNAN SEKOLAH
PERINGKAT AWAL
Pada awal penubuhan, sekolah ini menumpang di
Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Melayu Bukit
Jambul, Kuala Terengganu dengan nama “Madrasah Arabiah”
Pada tahun 1932 sebuah bangunan sendiri
telah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1933 (15 Rejab 1353H), majlis
perasmian sekolah telah adakan dan perasminya ialah DYMM Sultan Sulaiman Badrul
Alam Shah. Nama sekolah adalah “ Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin
“
Pada tahun 1943 (zaman pemerintahan Jepun)
DYMM Sultan Sulaiman telah menghadiahkan sebuah balai Istana Maziah untuk
menampung pertambahan bilangan pelajar (atas inisiatif Encik Ibrahim
Fikri bin Muhammad (Tan Sri Ibrahim Fikri))
Pada tahun 1952 sebuah asrama didirikan untuk
tempat tinggal pelajar yang jauh dari Kuala Terengganu.
Bangunan yang didirikan pada tahun 1933 dan
1943 telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru.
5. PERKEMBANGAN
DAN PENUBUHAN SMAASZA
Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar
pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-
a. Bahagian
Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
b. Bahagian
Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pelajar yang
menamatkan darjah 6 sekolah kebangsaan akan dimasukkan ke pengajian Ibtidai
selama 5 tahun, setelah lulus akan dianugerahkan Sijil Ibtidai dan ini
membolehkan mereka me nyambung pelajaran ke peringkat Thanawi selama 4
tahun lagi untuk memperoleh Sijil Thanawi
Hasilnya, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negeri, antaranya ialah Yang Amat Berhormat Tan Sri Ibrahim Fikri ( Allahyarham ), Yang Berhormat Dato' Mahmud bin Sulaiman, Dato' Seri Amar Di Raja Tan Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato' Dr. Mohamed Yusof bin Haji Mohd Noor dan lain-lain lagi.
ASAL USUL
Pada tahun 1932, sebuah bangunan telah didirikan untuk Madrasah Arabiyyah di Kampung Ladang, Kuala Terengganu hasil dari pungutan derma orang ramai dan bantuan Kerajaan Negeri. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1933 oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan nama 'Madrasah Al-Sultan Zainal Abidin'.
Madrasah ini terus dimajukan dan dipindahkan ke Batu Burok, Kuala Terengganu pada tahun 1958 dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas SultanZainal Abidin ( SMAASZA ).
No comments:
Post a Comment