SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH



Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
JenisSekolah Menengah AgamaSekolah kerajaan
Kod sekolahTFT5002
Lokasi Malaysia Km 38, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu , Kuala Berang , MalaysiaKuala Berang,Terengganu Darul ImanMalaysia
Telefon6096811326
Faks6096817907

Sekolah Menengah Agama Mahmudiah atau nama ringkasnya SMA Mahmudiah, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Km 38, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu , Kuala Berang , Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah memiliki 400 pelajar lelaki dan 502 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 902 orang. Ia mempunyai seramai 64 orang guru.2009
Sek Men Agama Mahmudiah merupakan satu-satunya sekolah menengah agama yang terdapat di Hulu Terengganu.Sekolah ini telah melahirkan ramai pemimpin masyarakat yang berwibawa antaranya Dato' Mohd Said,Dato' Tengku Putera,Hassan Ali,Dato'Dr Abdullah Sulong dan lain-lain.



LATAR BELAKANG SEKOLAH

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dicetuskan hasil inisiatif masyarakat setempat lebih setengah abad yang lalu. Antara yang memainkan peranan ketika itu ialah tuan Kadi Hulu Terengganu pada masa itu, En.Mohamad bin Abu Bakar dan Tuan Fakeh Abdullah, seorang ulamak dan guru pondok yang tidak asing di kalangan masyarakat tempatan. Menurut pendapat Tuan Kadi tersebut, adalah sangat perlu sebuah institusi pendidikan seumpama Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ditubuhkan di daerah Hulu Terengganu bagi memberi didikan agama yang sempurna kepada kanak-kanak iaitu sebuah sekolah yang lengkap dengan guru serta kemudahan asas lain.
Ekoran dari itu, pada Oktober 1995, Tuan Kadi berusaha dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu supaya tapak balai polis lama di Kuala Berang didirikan sekolah yang diperlukan buat sementara waktu. Setelah rundingan tersebut berjaya, pada bulan November 1995, sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tuan Fakih Abdullah, iaitu seorag ulama dan guru agama pondok yang tidak asing lagi kepada masyarakat di sini. Turut menganggotai jawatankuasa ini ialah orang-orang kenamaan dan berpengaruh di daerah ini seramai 14 orang.

Perkataan Mahmudiah diambil dari nama Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud iaitu Yang Dipertuan Muda Terengganu. Pada mulanya pihak jawatankuasa memilih nama Fakih sempena nama Tuan Fakih Abdullah yang pernah menjadi pengerusi jawatankusa yang pertama, tetapi telah dibatalkan setelah nama Mahmudiah dimaklumkan dari Pejabat Agama Terengganu.




Pada awal penggal pertama tahun 1995, jawatankuasa ini telah menerima seramai 84 orang murid perempuan. Mereka telah ditempatkan di dalam satu kelas yang dinamakan kelas Satu Alif satu Satu Ba. Menjelang penggal kedua, Pejabat Agama Terengganu mula menghantar dua orang guru sebagai permulaan iaitu Ustaz Mahmud Salim bin Haji Mohd sebagai guru besar dan Ustaz haji Endut Yusof sebagai penolongnya, Pada hari Isnin 10 September 1996 bersamaan 5 Safar 1376. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nasirudin Shah, Sultan Terengganu telah merasmikan bangunan sekolah ini. Setahun kemudian seorang lagi guru telah dihantar ke sini iaitu Tuan Haji Salleh bin Ismail.


VISI DAN MISI






PETA SMA. MAHMUDIAH



 

Sekolah Menengah Agama Mahmudiah terletak di km 38 , Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu.



PELAN LOKASI BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH



LAGU SEKOLAH

KEJAYAAN BUDAYA KITA

S.M.A Mahmudiah Kuala Berang
Sekolah Mulia Putera Puteri Jati
Kembangkan potensi seimbang
Harmoni intelek dan emosi

Bertaqwa Kepada Ilahi
Semangat waja nusa bangsa
Hormati jasa ibu bapa
Sanjungi sesama insan

Sekolah yang kami sanjung
Terulung di sanubari
Taat dan setia kami taburi
Peluang misi dan visi

S.M.A Mahmudiah Kuala Berang
Pastikan terus cemerlang
Kejayaan budaya kita
Berbakti sepanjang masa

S.M.A Mahmudiah Kuala Berang
Pastikan terus Cemerlang
Kejayaan Budaya Kita
Berbakti sepanjang masa



No comments:

Post a Comment