SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU
Wednesday, 25 June 2014
Karnival Kesenian Islam Dan Ko-Kurikulum
Karnival Kesenian Islam dan Ko Kurikulum telah diadakan serentak dengan kerjasama antara Protune SHAMS, Koperasi SHAMS dan Kumpulan Shotul SHAMS. Karnival ini dijalankan pada 17 Jun - 19 Jun. Antara acara yang dijalankan ialah Persembahan Nasyid daripada sekolah jemputan dan Ceramah Pengguna.

4,000 pelajar duduki ujian ke SMAT
Muhammad Ilham ketika menduduki ujian untuk kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama di SMA Ladang.
KUALA TERENGGANU - Lebih 4,000 pelajar lepasan UPSR menduduki ujian pemilihan kemasukan ke tingkatan satu untuk sekolah menengah agama Terengganu (SMAT).
Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar SMAT, Razak Jusoh berkata, ujian tersebut berjalan serentak di sembilan sekolah selama satu jam setengah, bermula 9 pagi pada Isnin lalu.
Menurutnya, sekolah terlibat adalah SMA Ladang, SMA Khairiah, SMA Marang, SMA Sultan Ismail, Dungun, SMA Al-Falah Kemaman, SMA Setiu, SMA Maarif dan SMA Ittifaqiah, Besut dan SMA Mahmudiah, Kuala Besut.
“Pelajar perlu menduduki ujian di sekolah yang dipilih dan keputusan akan diperoleh seminggu daripada tarikh ujian kerana mereka akan mula mendaftar di sekolah masing-masing pada 26 Disember ini,” katanya.
Razak berkata, pelajar yang menduduki ujian itu perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan terlebih dahulu memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jaheat), Bahagian Pendidikan; Sekolah Menengah Agama Negeri.
Seorang pelajar, Muhammad Syafiq Mohd Rudin, 12, yang mendapat keputusan 4A 1B, dari Kampung Bukit Nangka, Bukit Guntong berkata, dia memang berhasrat melanjutkan pelajaran ke sekolah agama.
Menurutnya, minat tersebut bertambah apabila melihat abangnya, Mohd Iqram Hakimi, 15 terlebih dahulu belajar di Madrasah Al-Huda.
“Apabila mendapat keputusan UPSR, saya terus memohon dan harapannya saya layak menjadi salah seorang pelajar di SMA Ladang,” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.
Seorang lagi pelajar, Muhammad Ilham Mohd Afandi, 12, berkata, dia membuat persediaan rapi dengan membaca pelbagai bahan bacaan sebelum menduduki ujian tersebut.
Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar SMAT, Razak Jusoh berkata, ujian tersebut berjalan serentak di sembilan sekolah selama satu jam setengah, bermula 9 pagi pada Isnin lalu.
Menurutnya, sekolah terlibat adalah SMA Ladang, SMA Khairiah, SMA Marang, SMA Sultan Ismail, Dungun, SMA Al-Falah Kemaman, SMA Setiu, SMA Maarif dan SMA Ittifaqiah, Besut dan SMA Mahmudiah, Kuala Besut.
“Pelajar perlu menduduki ujian di sekolah yang dipilih dan keputusan akan diperoleh seminggu daripada tarikh ujian kerana mereka akan mula mendaftar di sekolah masing-masing pada 26 Disember ini,” katanya.
Razak berkata, pelajar yang menduduki ujian itu perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan terlebih dahulu memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jaheat), Bahagian Pendidikan; Sekolah Menengah Agama Negeri.
Seorang pelajar, Muhammad Syafiq Mohd Rudin, 12, yang mendapat keputusan 4A 1B, dari Kampung Bukit Nangka, Bukit Guntong berkata, dia memang berhasrat melanjutkan pelajaran ke sekolah agama.
Menurutnya, minat tersebut bertambah apabila melihat abangnya, Mohd Iqram Hakimi, 15 terlebih dahulu belajar di Madrasah Al-Huda.
“Apabila mendapat keputusan UPSR, saya terus memohon dan harapannya saya layak menjadi salah seorang pelajar di SMA Ladang,” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.
Seorang lagi pelajar, Muhammad Ilham Mohd Afandi, 12, berkata, dia membuat persediaan rapi dengan membaca pelbagai bahan bacaan sebelum menduduki ujian tersebut.
Hanya dua sekolah agama capai status SBT
Sebanyak 115 Sekolah Menengah telah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di seluruh negara termasuk dua buah Sekolah Agama Bantuan Kerajan (SABK).
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, SABK yang mencapai taraf SBT itu ialah Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu.
Beliau menjawab menjawab soalan ahli parlimen BN Setiu Che Mohamad Zulkifly Jusoh di Dewan Rakyat, Rabu.
Che Mohamad ingin tahu bilangan sekolah yang telah mencapai status SBT dan langkah Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan pencapaian Sekolah Menengah Tahfiz seperti Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu sebagai SBT memandangkan terdapat Pengetua yang bukan daripada kategori guru di sekolah berkenaan.
Ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad berhubung langkah kerajaan untuk memperluaskan program Ulul Albab di Sekolah Rendah pada masa depan, Idris berkata setakat ini Kementerian Pendidikan belum bercadang memperkenalkan program berkenaan di peringkat rendah.
“Buat masa ini tiada rancangan untuk memulakan program Ulul Albab di sekolah rendah kerana kita mahu memantapkan terlebih dahulu program Agama di peringkat sekolah menengah,” katanya.
Idris berkata sejak program Ulul Albab diperkenalkan pada 1999, 40 peratus pelajar program berkenaan telah berjaya menghabiskan hafazan mengikut tahap yang ditetapkan ketika berada di tingkatan tiga dan tingkatan lima.
“Menghafaz Al-Quran bukan satu perkara yang mudah… Jadi pelajar yang menyertainya telah menjalani sesi temuduga sebelum terpilih untuk memasuki program hafazan (program Ulul Albab) ini,” katanya.
Program Ulul Albab merupakan konsep pembelajaran yang menitikberatkan elemen hafazan dan penguasan Al-Quran sebagai asas pembelajaran di samping mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Lawatan Penanda Aras JPN Johor
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pagi tadi lebih kurang jam 10.45 am telah berlangsung satu lawatan penanda aras dari JPN Johor ke SHAMS. Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Megat Abu Bakar bin Megat Husin bersama barisan pentadbiran yang lain serta guru yang terlibat dalam JK Lawatan Dalaman SHAMS. Rombongan ini telah melawat ke JPN Terengganu sebelum datang melawat ke SHAMS.
Antara agenda lawatan ini ialah
1. Ucapan aluan pengerusi majlis.
2. Ucapan Tuan Pengetua SHAMS.
3. Persembahan Multimedia.
4. Ucapan Wakil Rombongan.
5. Sesi soal jawab/Perkongsian Pengalaman
Lawatan ini telah bersurai lebih kurang jam 12.30 pm, dan akan bertolak ke SMK Padang Midin untuk lawatan seterusanya
SMAASZA Dalam Lipatan Sejarah Terengganu
Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin merupakan nama yang cukup bermakna kepada pencinta sejarah negeri Terengganu terutamanya dalam bidang pendidikan. Sekolah yang terletak dipinggir Laut China Selatan ini atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya SMAASZA adalah institusi pendidikan aliran Bahasa Arab terawal di Terengganu. Sejarah penubuhannya yang amat mencabar kerana pada ketika yang sama penjajah Inggeris mula meletakkan kuasa dan pengaruhnya di Terengganu dengan menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di Kuala Terengganu pada tahun 1923. Ekoran daripada itu lahirlah sebuah madrasah (Bahasa Arab) secara menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga dan kemudiannya dipindahkan ke SK Bukit Jambul pada 1928 hingga 1932.
Dengan derma dan sumbangan daripada orang ramai, pada 13 November 1932 bersamaan 15 Rejab 1351 Hijrah, perletakan batu asas pembinaan Madrasah Zainal Abidin Al-Arabiyyah oleh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dilangsungkan.
Madrasah ini kemudiannya dipecahkan kepada dua bahagian di mana pelajaran peringkat rendah di Ladang dan peringkat menengah di Batu Burok Kuala Terengganu (SMAASZA).
Sekolah ini kemudiannya telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu sehinggalah pada penghujung tahun 2007 ia diserahkan kepada Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia (BPI).
SMAASZA kini telah berkembang menjadi sebuah sekolah berpendidikan agama yang terulung di Terengganu kerana bukan sahaja menawarkan pendidikan dalam aliran agama dan
Bahasa Arab bahkan dalam aliran sains dan kini dilengkapkan lagi dengan Tingkatan 6 (STPM) serta STAM. Disinilah tempat lahirnya para pemimpin dan tokoh-tokoh penting seperti Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Amar Diaja Tan Seri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Dato’ Dr. Yusoff bin Haji Mohd Noor dan ramai lagi.
SMKA Sheikh Abdul Malek juara Kalam Jama'ie
PASUKAN koir SMKA Sheikh Abdul Malek meraikan kemenangan selaku johan kategori bahasa Arab Kalam Jama'ie pada Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Program Pengukuhan Bahasa Arab, Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 2012 di Taman Tamadun Islam, kelmarin.
KUALA TERENGGANU 16 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek muncul juara pertandingan Kalam Jama'ie peringkat negeri 2012 Piala Yayasan Diraja Sultan, di sini semalam.
Pertandingan di bawah Program Pengukuhan Bahasa Arab itu mula diperkenalkan pada tahun ini oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) berasaskan kejayaan program Pengukuhan Bahasa Inggeris yang dimulakannya sebagai tradisi tahunan sejak 2010.
Dalam pertandingan yang berbentuk pengucapan koir (Bahasa Inggeris) yang disertai 22 SMKA itu, tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Imtiaz Besut manakala Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu di tempat ketiga.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aibdin yang merupakan Pengerusi YDSM berkenan berangkat pada majlis penutup dan pengurniaan hadiah kepada para pemenang pertandingan bagi kedua-dua program itu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini semalam.
Para kerabat diraja turut mengiringi baginda. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, para pegawai kanan negeri, ketua-ketua jabatan, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru di samping rombongan pendidik dari Sulawesi Selatan.
Kedua-dua program yang merupakan salah satu inisiatif YDSM sebagai usaha sokongan memperluaskan penguasaan bahasa-bahasa ilmu dan antarabangsa di kalangan anak negeri ini agar melonjakkan lagi pencapaian mereka dalam akademik dan alam pekerjaan kelak.
Pertandingan ini menjadi gelanggang bagi pelajar mengasah bakat dalam pengucapan awam dan membuka peluang kepada mereka mempamerkan kebolehan dan kecekapan berbahasa Inggeris dan Arab dalam acara-acara rasmi.
Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail II, Kemaman menjuarai pertandingan pengucapan koir (aspirasi) program pengukuhan bahasa Inggeris dan turut memenangi persembahan terbaik.
Dalam pertandingan akhir melibatkan lapan sekolah mewakili daerah masing-masing itu, tempat kedua pula disandang oleh SMK Pengkalan Berangan, Marang manakala SMK Seri Berang, Hulu Terengganu (ketiga).
Bagi kategori inspirasi pula, juara disandang oleh SMK Tengku Mahmud yang turut memenangi hadiah konduktor terbaik, diikuti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut (kedua) di samping memenangi skrip terbaik dan SMKA Khairiah, Kuala Terengganu (Ketiga).
Dalam pertandingan 'Smart English' pula, Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas Kemaman yang dipilih sebagai juara turut menerima hadiah persembahan terbaik manakala SK Bukit Payong Marang (kedua) dan SK Gong Kapas Kuala Terengganu (ketiga).
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Rahman Embong ketika berucap pada majlis tersebut menyifatkan kedua-dua program ini memberi kesan positif sebagai pelengkap usaha mengerakkan kemajuan bermakna dalam bidang pendidikan dan pembangunan insan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20120717/wt_05/SMKA-Sheikh-Abdul-Malek-juara-Kalam-Jamaie#ixzz35f35qAOt
6,000 Pelajar Mohon Sekolah Agama
by akarimoma
SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menyertai Kem Imam Muda anjuran JHEAT di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan, Wakaf Tengah, Kuala Terengganu, kelmarin. – UTUSAN/TENGKU FAUZIAH
KUALA TERENGGANU 9 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menerima lebih 6,000 permohonan pelajar yang tamat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk ditempatkan di 10 buah sekolah menengah agama kelolaan kerajaan negeri tahun depan.
Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Murid JHEAT, Razak Jusoh berkata, permohonan yang diterima itu melebihi 200 peratus berbanding kekosongan tempat untuk pelajar tingkatan satu di sekolah-sekolah berkenaan yang hanya menyediakan 1,525 tempat.
Katanya, daripada jumlah tempat yang disediakan itu, 125 pelajar akan ditempatkan di sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Agama (SMA) (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk.
”Manakala bakinya 1,400 tempat lagi akan disediakan di sembilan buah sekolah menengah agama lain di seluruh negeri,” katanya selepas majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Kem Imam Muda Sekolah Menengah Agama Terengganu di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan, Wakaf Tengah, di sini semalam.
Sekolah-sekolah menengah agama itu adalah SMA Maarif, Besut; SMA Ittifakiah, Jerih; SMA Setiu; SMA Khairiah Kuala Terengganu; SMA Mahmudiah, Kuala Berang; SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu; SMA Sultan Ismail Dungun dan SMA Al-Falah, Kemaman.
Menurut Razak, disebabkan permohonan terlalu ramai, JHEAT akan mengadakan ujian saringan Ahad ini kepada calon yang akan ditempatkan di sembilan sekolah menengah agama, manakala pada 15 Disember untuk calon SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk sebelum memulakan sesi persekolahan awal tahun depan.
Katanya, pelajar yang memperolehi keputusan 5A dalam UPSR layak memohon ke sekolah menengah agama berasrama penuh itu, manakala sekolah menengah agama lain sekurang-kurangnya 1A berdasarkan kelayakan ditetapkan oleh sekolah- sekolah berkenaan selain anak kelahiran Terengganu.
”Sebagai contoh, SMA Khairiah dan SMA Sultan Zainal Abidin Ladang memerlukan pelajar memperolehi sekurang-kurangnya 3A dan 2B dalam UPSR,” katanya.
Beliau berkata, bilangan calon yang berminat menyambung pelajaran ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah agama kelolaan kerajaan negeri meningkat setiap tahun, tetapi bilangan yang diterima adalah terhad.
Katanya, JHEAT kini hanya mempunyai 57 kelas di 10 sekolah agama dan setiap kelas hanya dapat menampung antara 35 hingga 40 orang.
Bagaimanapun kata Razak, pihaknya sedang berusaha untuk menambah bilangan kelas di sekolah-sekolah agama terbabit tetapi bergantung kepada persekitaran dan keluasan kawasan sekolah.
Seramai 120 pelajar yang selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada 10 buah sekolah menengah agama tersebut menyertai Kem Imam Muda yang diadakan selama enam hari itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)